KEBAIKAN TOYOTA INNOVA 2G? BERBALOI ATAU TIDAK?

Assalamualaikum ......

Di dalam post ini saya hanya ingin berkongsi pengalaman saya bersama-sama pembaca blog tentang pengalaman saya menggunakan Toyota Innova 2.0G second hand tahun 2006 yang saya beli Disember 2013. Pada hari ini, saya akan menceritakan pengalaman saya merasai keselesaan dalaman dan keselesaan pemanduan Innova. Nak cerita pasal dalaman Innova, keluasan memang sangat berpuas hati, saya boleh muat satu team bola sepak sekolah saya 11 orang pelajar leh muat, kalau keluarga leh muat 9  orang. Seat depan dan tengah leh laras depan, belakang. Seat belakang leh diangkat kedua-duanya untuk mudah penyimpanan barang. Masa pindah barang dulu, saya masih boleh memuatkan rangka katil queen kat belakang. Seat tengah juga boleh diangkat ke depan untuk memudahkan kita vakum karpet bawah (proses pembersihan jadi mudah). Air cond tak payah cakap la mmg sejuk dan boleh laras, air condnya juga ada sampai kebelakang leh control. Cermin berfungsi dengan baik dan segala ruang yang ada saya sangat berpuas hati. Keselesaan dari segi pemanduan pula adalah sangat puas hati, lancar tapi rasanya bergantung juga dengan petrol yang kita gunakan. Masa nak memotong pula walaupon body kereta besar tapi dapat memotong dengan lancar walau kereta di hadapan hanya 100 meter. Sistem suspensionnya bagi saya agak menyelesakan walaupon telah 8 tahun digunakan. Langgar bumper jalan atau lubang , pemandu selesa di tempat duduknya.
Harap-harap dapat membantu tuan-puan membuat keputusan yang baik untuk kenderaan yang bakal anda beli. Jika dibuat perbandingan antara Innova dengan kenderaan sebaya dengannya seperti Grand Livina, Chery, Exora, Wish, Stream dan Freed. Bagi saya lebih berbaloi membeli Innova, Grand Livina terlalu sempit dan kecil, Wish dan Stream juga kalah dari segi ruang, Exora setahun guna Insha Allah akan rosak air cond sebab abg ipar saya menggunakan Exora then lepas setahun bermasalah coil. Chery saya tak pasti sebab belum pernah memandu.

Berikut maklumat Innova saya 2.0G tahun 2006, loan RM56,000 selama 7 tahun pinjaman dengan bulanan RM832 (Interest 3.5%) belum buat apa-apa servis di Pusat Service Toyota tapi keadaan kereta masih tiada masalah cuma bagi saya kekurangan adalah makan petrol agak banyak jugak ...tangki penuh RM100 leh jalan hanya 500km sahaja tapi berpadanan la dengan saiz dan kelasnya. Insha Allah saya akan upload gambar-gambar Innova saya di post seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

NISSAN ALMERA VS MITSUBISHI ATTRAGE

PORT DICKSON DESTINASI PERCUTIAN KELUARGA TERBAIK DI BARAT SEMENANJUNG MALAYSIA