NISSAN ALMERA VS MITSUBISHI ATTRAGE

Assalamualaikum blogger semua ... isu hari ini saya ingin membuat bandingan diantara 2 jenis kereta import yang pasti boleh menjadi panduan untuk anda.

ALMERA NISSAN  VS  ATTRAGE MITSUBISHI

Memang tidak dinafikan kenderaan import ini memberikan keselesaan pemanduan yang baik. Kedua-dua kereta ini telah dipandu uji oleh saya sebelum Tuan/Puan sendiri boleh pergi melakukannya sendiri.

CIRI LUARAN kereta ini mempunyai kelemahan masing-masing maybe disebabkan oleh pengurangan kos kereta tersebut. Pada pendapat saya Almera mempunyai saiz kereta yang lebih besar dan sedikit luas berbanding Attrage. biarpun Attrage kelihatan lebih kecil tetapi ruang dalamnya agak selesa di seat hadapan mahupun belakang, mungkin sedikit luas berbanding Honda City. Rupa dan gaya bagi saya sama sahaja, Attrage kelihatan seperti kereta compact kalau dilihat dari jauh manakala Nissan Almera luaran kelihatan kurang menarik.

ALMERA  (  50 %   )    VS       ATTRAGE   (  50 %  )


CIRI DAN RUANG DALAMAN kereta agak luas dan selesa kedua-duanya malah tidak keterlaluan sekiranya saya katakan lebih luas berbanding Honda City. Disebabkan saiz badan saya agak besar jadi mudah bagi saya untuk membuat perbandingan ini apabila saya duduk di seat pemandu. Biasalah ciri-ciri seperti GPS, kekemasan dalaman dan sebagainya bergantung kepada variasi kereta yang anda pilih mengikut harga kemampuan anda.

ALMERA (  55%  )     VS     ATTRAGE ( 45% )

PERFORMANCE kereta semestinya lebih baik Almera 1600 cc berbanding Attrage hanya 1200 cc tetapi bagi saya kedua-duanya mempunyai accleration yang agak baik, itu ketika bersendiri tapi apa jadi kalau dengan penumpang penuh maybe attrage agak bermasalah walaupun lebih menjimatkan minyak berbanding Almera. Tapi daripada segi performance semestinya pada cadangan saya Honda City dan Vios lebih baik hehe. Kedua-dua kereta yang saya bawa agak selesa tetapi dalam kelajuan melebihi 120km/jam mungkin "floating" atau agak terapung.

ALMERA (  45% )  VS  ATTRAGE  (  55%  )



Nasihat saya kalau nak lebih penjimatan pilihlah Attrage atau mahu tambahan lebih ruang pilihlah Almera tetapi bagi saya yang lebih mementingkan ruang dan kualiti saya akan memilih Toyota Vios hehehe.




Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN TOYOTA INNOVA 2G? BERBALOI ATAU TIDAK?

PORT DICKSON DESTINASI PERCUTIAN KELUARGA TERBAIK DI BARAT SEMENANJUNG MALAYSIA