PORT DICKSON DESTINASI PERCUTIAN KELUARGA TERBAIK DI BARAT SEMENANJUNG MALAYSIA

Assalamualaikum kepada bakal pelanggan Homestay Husna Hasanah. Kami telah hampir 3 tahun  beroperasi dan telah memberikan pelbagai kemudahan yang memuaskan hati pelanggan kami sehingga mereka senang untuk datang kali seterusnya. Daripada hanya satu bilik air pada Jun 2013 kini kami telah menambah lagi satu bilik air yang lebih selesa dan table top dan ruang dapur yang lebih luas. Kini set BBQ telah 3 set disediakan untuk kemudahan pelanggan untuk berkelah di tepi pantai hanya 100m dari taman atas bukit kami. Ini adalah Pantai Batu 1 yang menenangkan Pagi Petang dan Malam untuk beriadah, berkelah, istirehat keluarga dan BBQ.



Suasana yang pasti menenangkan anda seisi keluarga di waktu petang dan berkelah sambil berbarbeque di waktu malam jika mengambil pakej 3 Hari 2 Malam kami pada kadar sangat berpatutan dengan kadar yang menarik sepanjang Cuti Sekolah 2015 ini hanya rm320 untuk promosi 3 hari 2 malam.

Sekarang lihat pula keselesaan rumah kami dengan ruang tamu yang luas untuk keluarga bersantai bersama. Kami juga menyediakan perkhidmatan Astro secara percuma selain peti sejuk dan meja makan juga berada di ruang tamu. Panduan waktu sembahyang dan cermin hiasan turut disediakan.



Meja makan dan peti sejuk disediakan.


Cermin dan Jadual waktu sembahyang untuk kemudahan anda.

Ini adalah ruangan bilik utama kami dengan set katil yang baru yang lebih kukuh dan berkualiti. Juga dilengkapi dengan penghawa dingin Samsung 1.5HP yang cepat menyejukkan ruang bilik dalam masa yang singkat.


Samsung 1.5HP

Bilik kini dengan katil baru dan berkualiti.

Ruang Bilik Utama dengan Katil Sebelum.



Almari dan meja solek Bilik Utama dengan jaminan kualiti.

Ini adalah bilik ketiga dengan bandingan sebelum dan keadaan terkini dengan katil double decker muat untuk 3 pelanggan dan ditambah dengan tiga tilam lipat tambahan.

Keadaan lama.

Keadaan bilik ketiga setelah diubahsuai di bahagian dapurnya.


Bilik kedua kami dengan dua katil single dan almari untuk kemudahan anda menyimpan baju, kualitinya Insyallah dijamin.


 Bagaimana bahagian dapur homestay kami? Renovation yang dilakukan September 2014 melengkapkan dapur kami dengan table top yang selesa untuk anda menyediakan masakan dan mencuci pinggan dengan double sink tersedia. Tong gas dengan penutup berciri keselamatan yang terbaik, tidak perlu ditanggalkan Insyallah selamat dengan izin Allah.

Table top yang baru direnovasi.


Bilik air kedua yang baru dengan tiles penuh bertaraf apartment hanya untuk keselesaan anda membersih diri.

Mesin Basuh Samsung Automatik tak perlu susah payah guna manual.


Kami memang menggalakkan anda datang bersama keluarga (sorry kalau bujang atau berpasangan perlu tapisan meh mai tunjukkan dulu Kad Nikah anda :) ).


 Adakah pernah ada masalah parking semasa menyewa di homestay lain. Di Homestay Husna Hasanah masalah itu tiada lagi kerana ruang jalan taman sangat luas leh parking sampai 5 atau 6 kereta dalam satu masa.




Hubungi kami di talian ...

0126804074 En Azmil
0127755094 Pn. Hanim

dan Selamat Bercuti di Port Dickson.

Tempat-Tempat Menarik Berhampiran:

Pantai Batu 1  :  100 m sahaja
Pantai Bagan Pinang  :  2km sahaja
Pantai Saujana  :  3km sahaja
Muzium Tentera  : 4km sahaja
PD Waterfront dan Pekan PD hanya 1km jer.
Medan Ikan Bakar PD  juga hanya 2 km.











Comments

  1. boleh saya dapatkan harga untuk 1 malam sahaja

    ReplyDelete
  2. Maaf en plizz call utk lebih maklumat

    ReplyDelete

Post a Comment

BERMINAT HUBUNGI KAMI : 012-6804074 EN. AZMIL

Popular posts from this blog

KEBAIKAN TOYOTA INNOVA 2G? BERBALOI ATAU TIDAK?

NISSAN ALMERA VS MITSUBISHI ATTRAGE